top of page
44539055_103949023931360_6983804887028989952_n.jpg

POKOK ENAU

Pokok kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah daun kelapa. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga pokok kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.

Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram

ENAU

Peribahasa Melayu ada menyebut “Bagai enau dalam belukar; melepaskan pucuk masing-masing.” Peribahasa ini menggambarkan sikap tiada muafakat dalam suatu perbincangan, iaitu tidak menghiraukan orang lain. Jika dilihat pada kehidupan pokok enau sendiri, ia mampu hidup di celah pokok yang lain meskipun di dalam belukar. Pucuknya akan tumbuh keluar mengatasi pokok lain. Ia menggambarkan sifat negatif, iaitu mementingkan diri sendiri. Mungkin ada kebenaran daripada peribahasa ini, kerana jika dinilai dalam konteks di mana pokok ini berada, tanpa menghiraukan pokok lain dapat tumbuh subur dan oleh kerana ketinggiannya, pokok ini nampak lebih menyerlah berbanding pokok lain yang berada di persekitarannya.

 

 Umum sering menggambarkan pokok kelapa sebagai pokok pelbagai guna, tetapi amat sedikit yang mengetahui bahawa pokok enau juga adalah sedemikian. Hampir setiap bahagian pokok enau boleh dimanfaatkan (akar, daun, batang, gentian, buah dan lain-lain) untuk pelbagai tujuan dan produk (sehingga sekurang-kurangnya 60 produk) sama ada untuk tujuan kegunaan tradisional seperti produk makanan dalam penghasilan nira, sirap, gula enau (gula kabung), kolang-kaling (beluluk/buah enau) dan cuka, produk daripada ijuk (gentian enau seperti tali, atap, berus dan penyapu), mahupun bagi tujuan penyelidikan seperti kanji dan gentian enau (ijuk) sebagai bahan asas bagi bahan komposit.

© 2021 by Persatuan Pembangunan & Industri Enau Malaysia (PPIEM)

google-site-verification: google8b5717b8a6ec148d.html

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page