top of page

Rezeki di pucuk pokok enau

​

KUALA PILAH: Setiap hari, Mohd Syamrin Syazuan Ahmad Safie, akan ke satu kawasan kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Seri Jemapoh di sini, untuk memanjat pokok enau bagi mendapatkan niranya.

Seawal jam 7 pagi, Mohd Syamrin, 27, mula memanjat membawa bekas ke pucuk pokok enau di situ yang setiap satunya setinggi antara lima hingga 20 meter.

Beliau mengambil alih kerja itu daripada bapanya, Ahmad Safie Jaafar, 61, sejak tujuh tahun lalu sebagai pengutip nira enau untuk dijadikan gula enau untuk jualan.

​

Katanya, "bersaing" dengan haiwan terutama kera adalah antara cabaran yang perlu dihadapi di Kampung Seri Jemapoh di sini.

Gula enau adalah antara ramuan utama yang menyedapkan kuih-muih seperti  buah Melaka, seri muka, agar-agar dan kuih talam, malah haiwan amat meminati anugerah alam ini.

​

Bapa kepada dua anak itu berkata, ketika ini hanya empat pokok enau di kampungnya yang mampu mengeluarkan air nira untuk menghasilkan gula enau.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

"Seawal jam 7 pagi, saya akan panjat pokok enau untuk menadah air enau dan datang semula ambil air itu kira-kira jam 5 petang. Kemudian saya letak semula bekas yang kosong pada pokok untuk mengulangi proses yang sama keesokan hari.

"Inilah rutin setiap hari, malah pada pagi Aidilfitri pun saya panjat pokok. Saya tidak boleh lewat kerana air mudah rosak dan jika tidak dapat panjat, saya akan upah orang lain," katanya yang juga melakukan kerja juruelektrik sambilan.

Anak kedua daripada enam beradik itu turut menceritakan petua yang diwarisi daripada bapanya setiap kali mahu mengambil air nira dari pokok baharu.

Sebelum diambil, katanya bahagian bawah batang dan mayang akan diketuk dengan mengunakan kayu selama 12 hari, bertujuan untuk memastikannya rongga pada batang terbuka.

"Proses ini saya panggil sebagai 3 + 1, iaitu ketuk selama tiga hari berturut-turut dan pokok kemudian dibiarkan berehat selama sehari. Saya kemudian ulangi lagi proses 3 + 1 sebanyak dua kali untuk mencukupkan tempoh 12 hari.

Beliau mampu meraih pendapatan purata RM180 sehari hasil daripada kerja itu tetapi bergantung kepada cuaca.

"Selepas 12 hari, baru mayang akan dipotong sedikit untuk mengeluarkan air nira yang masam. Saya kemudian akan tunggu antara lapan hingga sembilan hari dan selepas memastikan pokok mampu mengeluarkan air nira, barulah hujung mayang dipotong untuk mengambil air nira yang berkualiti," katanya.

​

​

​

​

​

​

​

​

Katanya, setiap pokok boleh mengeluarkan air nira antara lapan hingga sembilan bulan dan kemudian `berehat' antara dua hingga tiga bulan sebelum boleh mendapatkan air semula.

Katanya, orang tua zaman dahulu turut mengamalkan petua seperti menyanyi dan membaca mantera, tetapi tidak diamalkannya kerana menganggap tidak penting.

Bagaimanapun, katanya bahagian mayang akan diketuk beberapa kali sebelum meletakkan bekas yang berisi daun manggis.

"Tujuan meletak daun bagi mengelakkan air nira cepat rosak. Bekas itu kemudian ditutup dengan guni bagi mengelak dimasuki air hujan dan serangga.

"Sebelum meletakkan semula bekas untuk mendapatkan air, mayang perlu dipotong sedikit bagi mengeluarkan air yang segar, diikuti dengan mengikat ijuk, iaitu selaput pokok enau pada mayang untuk menapis air yang masam," katanya.

Selepas itu, Mohd Syamrin perlu pulang segera kerana air nira mesti cepat dimasak untuk menghasilkan gula enau.

Katanya, air dimasak sehingga pekat antara dua hingga tiga jam dan jika dahulu, dimasak menggunakan sabak, iaitu kayu kerana dapat menghasilkan bau wangi, tetapi kekangan masa menyebabkannya kini menggunakan dapur gas.

Air nira yang sedang masak tidak perlu dikacau dan selepas hampir pekat, katanya kelapa parut dimasukkan supaya gula enau menjadi keras.

​

 "Selepas gula enau siap, perlu diletakkan cepat dalam acuan buluh bagi mengelak gula mengeras dalam kuali. Ketika ini ibu saya, Ainon Baharudin, akan membantu kerana selepas dimasukkan dalam acuan selama kira-kira lima minit, perlu dikeluarkan dengan cepat untuk mengelakkan melekat pada acuan pula.

Setiap hari, katanya kira-kira 20 bungkus gula enau yang setiap bungkus antara 700 sehingga 800 gram mampu dihasilkan setiap hari dan dijual di pasar malam berhampiran dan ada juga orang yang datang ke rumah membeli.

"Setiap hari pasti ada permintaan walaupun tidak banyak. Bagaimanapun, keadaan berubah beberapa bulan sebelum Ramadan dan menjelang Aidilfitri. Saya tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan," katanya.

Walaupun proses menghasilkan gula enau agak sukar, Mohd Syamrin tidak mengalah kerana gembira melihat hasil akhirnya yang cantik dalam daun kelapa dan berbau harum.

"Gula enau asli mampu bertahan sehingga dua tahun jika disimpan dalam peti sejuk. Jika dibiarkan di luar, mampu bertahan hingga tujuh bulan," katanya.

​

Artikel Penuh : https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/03/135276/rezeki-di-pucuk-pokok-enau

​

gulak1.transformed.jpg
gulak3.transformed.jpg
gulak2.transformed.jpg
gulak4.transformed.jpg

Menyanyi lagu 'pujuk' pokok enau

​

KUALA PILAH - Meskipun proses pembuatannya rumit, namun Jamhari Lasman, 57, tetap memilih meneruskan legasi datuknya sebagai pengusaha gula enau di Kampung Juasseh Kapitan di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

Keputusannya untuk menuntut daripada arwah datuknya cara-cara membuat gula enau dianggap berbaloi yang kini menjadi sumber rezeki utamanya.

Menurut Jamhari, menjadi rutinnya seawal jam 6 pagi setiap hari untuk memanjat pokok enau setinggi antara lima meter hingga 10 meter di belakang rumahnya untuk memulakan proses mendapatkan air nira.

"Ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya panjang dan rumit.

"Sebelum air nira diambil, bahagian bawah batang dan mayang akan diketuk menggunakan kayu selama 12 hari bagi membuka rongga batang kerana jika tidak air nira susah keluar," katanya.

Jelas beliau, proses itu dilakukan tiga hari berturut-turut dan pokok kemudian direhatkan sebelum dilakukan selang sehari sehingga mayang pecah.

Katanya, mayang kemudian akan dipotong dan dibungkus sebelum air nira ditadah di dalam bekas yang digantung pada pokok."Biasanya setiap pokok boleh keluarkan air nira sehingga enam bulan dan kemudian 'berehat' beberapa bulan sebelum boleh mendapatkan air semula.

"Ikut ajaran orang-orang tua, batang pokok yang telah dipotong akan digosok dengan cili untuk membolehkan air nira keluar dengan cepat," katanya.

Jamhari berkata, tidak semua air nira yang dikumpul boleh dijadikan gula enau kerana air yang tidak sesuai akan menyebabkan gula enau yang kurang sedap.

Ujarnya, air nira akan dimasak sehingga pekat antara dua hingga tiga jam dan pemilihan kayu api digunakan sangat penting bagi mendapatkan aroma wangi.

"Saya akan gunakan kayu pokok rambutan dan kayu pokok reban.

Isteri Jamhari, Noridah Sulaiman, 70, membungkus gula enau dengan daun pokok kelapa.
"Selepas siap dimasak ia perlu terus dimasukkan ke dalam acuan buluh bagi mengelak gula mengeras dalam kuali dan selepas beberapa minit ia akan dikeluarkan, " katanya.

Selain itu, Jamhari turut mengamalkan petua yang diajar arwah datuknya dengan menyanyi lagu sebagai 'memujuk' pokok.

Jelasnya, ia bertujuan memujuk pokok enau supaya mengeluarkan air nira yang sedap, tetapi jika tidak diamalkan pun tidak menjadi masalah.

​

​

​

​

​

​

​

                                                        Jamhari memanjat pokok enau di belakang rumahnya.

Sementara itu, katanya, gula enau selain biasanya digunakan untuk membuat kuih-muih turut diletakkan di dalam masakan.

"Setiap hari sebanyak 100 bungkus gula enau yang saya buat dan biasanya ia sudah ditempah pelanggan bukan saja dari Negeri Sembilan tetapi juga dari Pahang selain Bangi, Shah Alam dan Klang di Selangor.

"Inilah sumber pendapatan saya dari dulu sampai sekarang. Sekarang ini saya turunkan ilmu membuat gulai enau ini kepada menantu saya pula dan nampaknya dia berminat," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164465/EDISI/Menyanyi-lagu-pujuk-pokok-enau

1221630.jpeg
1221628.jpeg

ENAU

Peribahasa Melayu ada menyebut “Bagai enau dalam belukar; melepaskan pucuk masing-masing.” Peribahasa ini menggambarkan sikap tiada muafakat dalam suatu perbincangan, iaitu tidak menghiraukan orang lain. Jika dilihat pada kehidupan pokok enau sendiri, ia mampu hidup di celah pokok yang lain meskipun di dalam belukar. Pucuknya akan tumbuh keluar mengatasi pokok lain. Ia menggambarkan sifat negatif, iaitu mementingkan diri sendiri. Mungkin ada kebenaran daripada peribahasa ini, kerana jika dinilai dalam konteks di mana pokok ini berada, tanpa menghiraukan pokok lain dapat tumbuh subur dan oleh kerana ketinggiannya, pokok ini nampak lebih menyerlah berbanding pokok lain yang berada di persekitarannya.

 Umum sering menggambarkan pokok kelapa sebagai pokok pelbagai guna, tetapi amat sedikit yang mengetahui bahawa pokok enau juga adalah sedemikian. Hampir setiap bahagian pokok enau boleh dimanfaatkan (akar, daun, batang, gentian, buah dan lain-lain) untuk pelbagai tujuan dan produk (sehingga sekurang-kurangnya 60 produk) sama ada untuk tujuan kegunaan tradisional seperti produk makanan dalam penghasilan nira, sirap, gula enau (gula kabung), kolang-kaling (beluluk/buah enau) dan cuka, produk daripada ijuk (gentian enau seperti tali, atap, berus dan penyapu), mahupun bagi tujuan penyelidikan seperti kanji dan gentian enau (ijuk) sebagai bahan asas bagi bahan komposit.

Manfaat enau di hutan

Serdang: Selepas 11 tahun menjalankan kajian ke atas pokok enau, pasukan penyelidik tempatan berjaya menghasilkan 12 produk yang boleh dibangunkan menerusi tumbuhan liar berkenaan sekali gus menjana ekonomi penduduk luar bandar.

Projek ini di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Jempol, Bahau, Negeri Sembilan.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Ketua Kumpulan Penyelidikan Komposit Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Ir Dr Mohd Sapuan Salit berkata, usaha berkenaan diketuai beliau serta digerakkan bersama dua pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Dr Zulkiflle Leman dan Dr Mohamad Ridzwan Ishak serta dibantu penduduk, Mohamad Hafiz Adha Ishak yang mengetuai penduduk tempatan.

Menurut beliau yang juga Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM, kejayaan itu suatu penemuan terbaharu yang mengangkat potensi pokok enau di Malaysia yang lazimnya diketahui hanya boleh dijadikan sebagai bahan pemanis minuman.

“Di Sabah, pokok enau ditanam secara meluas untuk menghasilkan gula dan sirap minuman saja. Tetapi hasil kajian ini membuka lagi peluang kita mengembangkan potensi enau kepada pembuatan produk lain.

“Melalui kajian ini, terbukti enau bukan saja boleh menghasilkan gula kabong dan gula pasir tetapi ada bahagian tertentu termasuk gentian atau serat (ijuk) boleh dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan produk biokomposit.

“Kita dapati kira-kira 12 produk boleh dikomersialkan seperti bulu penyapu, tali, berus, atap selain cuka dan kanji serta bahan pemanis dalam makanan dan minuman,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, projek perintis ini juga menjadi model contoh kejayaan hasil usahasama penyelidik dan penduduk luar bandar dalam memanfaatkan hasil tumbuhan hutan yang terbiar.

“Sejak 2008, kita mula membeli produk dihasilkan orang kampung seperti ijuk dan kanji dan ini memberikan pendapatan sampingan kepada mereka tetapi bermula 2015 sejak wujudnya projek NBOS peluang pekerjaan semakin terbuka kepada penduduk melalui pemberian mesin untuk menggerakkan projek ini.

“Selain itu, mereka juga kami beri kepakaran melalui pendedahan ilmu serta teknik bersesuaian selain kami pantau dalam menjayakan projek ini. Secara tidak langsung kerjasama seperti ini dapat menjana ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar apabila sebahagian daripada produk sudah dikomersialkan.

“Di Malaysia, enau banyak tumbuh di daerah Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan; Ladang Bukit Rimau, Balung, Tawau; Benta, Kuala Lipis, Pahang serta di Perak.

“Saya percaya jika kita menerokai pembuatan enau ini, sudah pasti kita dapat menghasilkan lebih banyak produk selain tidak perlu bergantung kepada sesuatu sumber bahan asli lain saja.

“Selain itu, pasukan penyelidik kami juga sudah dan sedang membangunkan bot kecil dari bahan komposit gentian enau, komponen casis automotif dari gentian enau dan kaca serta bahan pembungkusan dari komposit biopolimer gentian enau,” katanya.

Dr Mohd Sapuan berkata, sejak 22 tahun berkecimpung dalam bidang komposit beliau turut menerima pengiktirafan peringkat global dan kejayaan terbesar ialah satu-satunya rakyat Malaysia yang dipilih menerima Anugerah Felo Persatuan Jurutera Automotif (SAE) Antarabangsa, Amerika Syarikat tahun lalu.

​

Artikel penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/09/164283/manfaat-enau-di-hutan

5hmpicEnau001_(2)_1473044767.jpg
5hmpicEnau001_(4)_1473044761.jpg

© 2021 by Persatuan Pembangunan & Industri Enau Malaysia (PPIEM)

google-site-verification: google8b5717b8a6ec148d.html

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page